Wednesday, 5 April 2017

soalan : Boleh ke pos handphone guna pos laju ..





**  Throwback perbualan aku dengan kerani pos laju (KPL)
Setelah ambil nombor giliran, tunggu punya tunggu.. akhirnya giliran aku pun tiba (lama woii ramai orang !!)
AKU :  “Hai, saya nak pos barang.. ‘’
KPL :  “oo..Dah siap bungkus ke? ‘’
AKU :  “ Haa.. dah.. dah balut skali ‘’

Pastu dia bagi borang untuk didisi. Aku pun isilah dengan gigihnya , ecehhh… *waktu nih excited first time berurusan dengan pos laju  hahha**
Dah abih isi tu aku pun hantar la balik borang tu. Aku Tanya akak tu , ‘’ yang no.3 ni kena isi ke?’’
Nombor 3 tu bahagian maklumat pasal barang ape yang kita nak post tu. Akak tu pun tanyalah aku barang apa yang aku nak post tu. Aku pun tunjuklah bungkusan kotak yang aku dah siap balut kemas2. Aku cakap kat dia , “ermm.. cenderahati ‘’  Aku malas nak bagitahu yang benda tu sebenarnya hp. Akak tu Tanya lagi, apa dia barang tu? … nampaknya dia nih nak jawapan spesifik. Kali ni aku cakap gadget, and then dia cakap, handphone ye?.. Aku pun malas dah nak berselindung, aku jujur je la… ha ah hp…

OK berbalik pada tajuk utama kita… BOLEH KE NAK POS HANDPONE ?
JAWAPANNYA : BOLEH. According to the akak kerani tadi, BOLEH TAPI BUKAN DENGAN POS LAJU. Kalau nak jugak boleh guna kurier lain macam Gdex ke.. biasanya diterima untuk pos handphone.
Kalau nak jugak pos pakai pos laju, BOLEH, tapi leceh sikit arr.. kena buat insurans bagai.. hal ini kerana, sering terjadi kes kehilangan bila melibatkan postage handphone. So that’s why la kena ada insurans tu supaya boleh claim bila jadi apa2 masalah.

Ada sesetengah orang dia pos jugak hp guna pos laju tapi dia guna box yang besar sikit supaya tak Nampak macam kotak hp. Dia tulis kat situ ‘GLASS’ . dan tampal sticker ‘FRAGILE’ . Tapi ni risiko sendiri ea.. kalo jadi apa2 , hilang ke retak ke.. itu atas risiko sendiri. Tapi kalo hang cakap kat akak kerani tu yang menda nih hp, memang dia tak bagi arr…
So penyelesaiannya.. guna la kurier lain selain pos laju kalo nak pos hp….
-SEKIAN-

 feel free to comment below..


2 comments:

  1. Saya mauh hantar iPhone baru satu.johor to kajang.mcm mana boleh hantar.

    ReplyDelete