Thursday, 30 March 2017

review produk nour ain, elok ke ? ha meh baca !!

  Review pengalaman guna produk Nour ain beauty 😊



Hai hai !! entri kali ni saya  nak buat review produk yang sy pakai sebelum ni iaitu nour ain yang bole dikatakan agak popular and biasa dengar kan? :)
Sy beli masa tu sebab ada kawan suggest , dia kata okay produk ni so sy pun beli la yang set 3 in 1 , harga rm40 lebih. untuk pengetahuan review ni dari pengalaman sy sendiri, sy tidak dibayar oleh mana2 pihak pun, okeyhh.. ✌ 

 
Dalam kotak ni ada foundation , facial soap , and night cream. Macam yang korang boleh lihat, saiz sabun dia agak besar, so boleh la tahan lebih kurang dua bulan. foundation dia jugak lama boleh tahan , cuma night cream sahaja yang agak kecil sikit. so mostly night cream la yang akan habis dulu dari yang lain. 

Sabun dia okey, tak terlalu wangi (sebab nyna pun tak suka sgt bau fragrance sabun yang kuat) . Sabun ni jugak tak macam sabun yang nyna pernah guna sebelum ni, dia tak ada rasa kering , lepas apply tu rasa soft and lembab je muka. so okey la.. ada sesetengah facial soap yang buat wajah kita agak kering and ada kesan putih kat tepi bibir kan? haa.. sabun ni tak .  jangan risauu.. 

Untuk foundation , teksture dia ringan dan tak terlalu kering, nyna apply bedak compact lepas pakai foundation ni. Untuk coverage dia just nice la, tahan lama dan nampak natural. so tak adala nampak sangat macam pakai foundation.

For the night cream , i think i like it .. but, macam yang saya mention, saiz dia agak kecil so cepat habis, tapi okay kot kalau berjimat, like guna sikit2 ja,..

Nyna pakai set ni baru dua bulan lebih, overall okay la jerawat tak tumbuh, kalo ade pun kecik sangat and cepat hilang lepas seminggu macam tu la.Produk ni best sebab dia soft and tak ade apa2 kesan negatif bila pakai. untuk nyna yang jenis kulit normal nyna rasa i recommend la. Tapi kalau yang ade jeragat ke atau masalah kulit yang lain, i tak pasti and mungkin makan masa lebih sikit kalau nak guna set ni, sebab mak saya ada masalah jeragat and dia pakai set ni dalam 2 bulan seems like tak ada perubahan sangat. or maybe sebab dia tak pakai the whole set.. maybe kalau guna te whole set 5 in 1 punya including serum dia and so on.. maybe boleh dapat hasil yang lebih berkesan la...



okay , rasanya itu sahaja la dari saya,... sekian... πŸ˜† 
if ade yang pernah try produk ni, feel free tu share di ruangan komen, tq !

  

2 comments:

  1. pakai lg ke skrg?

    ReplyDelete
  2. saya tak pakai dah sekarang sbb malas dah nak beli , saya pakai product drug store je yg aiken tea tree oil

    ReplyDelete