Thursday, 30 March 2017

review produk nour ain, elok ke ? ha meh baca !!

  Review pengalaman guna produk Nour ain beauty 😊



Hai hai !! entri kali ni saya  nak buat review produk yang sy pakai sebelum ni iaitu nour ain yang bole dikatakan agak popular and biasa dengar kan? :)
Sy beli masa tu sebab ada kawan suggest , dia kata okay produk ni so sy pun beli la yang set 3 in 1 , harga rm40 lebih. untuk pengetahuan review ni dari pengalaman sy sendiri, sy tidak dibayar oleh mana2 pihak pun, okeyhh.. ✌ 

 
Dalam kotak ni ada foundation , facial soap , and night cream. Macam yang korang boleh lihat, saiz sabun dia agak besar, so boleh la tahan lebih kurang dua bulan. foundation dia jugak lama boleh tahan , cuma night cream sahaja yang agak kecil sikit. so mostly night cream la yang akan habis dulu dari yang lain. 

Sabun dia okey, tak terlalu wangi (sebab nyna pun tak suka sgt bau fragrance sabun yang kuat) . Sabun ni jugak tak macam sabun yang nyna pernah guna sebelum ni, dia tak ada rasa kering , lepas apply tu rasa soft and lembab je muka. so okey la.. ada sesetengah facial soap yang buat wajah kita agak kering and ada kesan putih kat tepi bibir kan? haa.. sabun ni tak .  jangan risauu.. 

Untuk foundation , teksture dia ringan dan tak terlalu kering, nyna apply bedak compact lepas pakai foundation ni. Untuk coverage dia just nice la, tahan lama dan nampak natural. so tak adala nampak sangat macam pakai foundation.

For the night cream , i think i like it .. but, macam yang saya mention, saiz dia agak kecil so cepat habis, tapi okay kot kalau berjimat, like guna sikit2 ja,..

Nyna pakai set ni baru dua bulan lebih, overall okay la jerawat tak tumbuh, kalo ade pun kecik sangat and cepat hilang lepas seminggu macam tu la.Produk ni best sebab dia soft and tak ade apa2 kesan negatif bila pakai. untuk nyna yang jenis kulit normal nyna rasa i recommend la. Tapi kalau yang ade jeragat ke atau masalah kulit yang lain, i tak pasti and mungkin makan masa lebih sikit kalau nak guna set ni, sebab mak saya ada masalah jeragat and dia pakai set ni dalam 2 bulan seems like tak ada perubahan sangat. or maybe sebab dia tak pakai the whole set.. maybe kalau guna te whole set 5 in 1 punya including serum dia and so on.. maybe boleh dapat hasil yang lebih berkesan la...



okay , rasanya itu sahaja la dari saya,... sekian... 😆 
if ade yang pernah try produk ni, feel free tu share di ruangan komen, tq !

  

Tuesday, 28 March 2017

pengalaman buat breast ultrasound di kpj

Pengalaman buat Breast ultrasound di KPJ damansara specialist


Assalamualaikum , hai ... 

Entri ni saya nak cerita pasal pengalaman saya buat breast ultrasound di kpj damansara. beberapa bulan lepas, saya sering rasa sakit dekat area payudara (kanan&kiri) dan juga dekat area bawah lengan (armpit / ketiak) saya ade pergi klinik kesihatan kajang , kerajaan punya dan doktor tu just check physically sahaja  and dia kata maybe saya cuma mengalami perubahan hormon atau itu cuma normal growth. Saya agak tak berpuas hati dengan jawapan tu maybe sebab saya jenis yang selalu overthinking dan masih ragu2, so saya minta lah doktor tu tulis surat untuk refer saya ke pakar tapi tak dilayan , mungkin sebab saya hanya 18 tahun so she didn't take me seriously. 

Saya sejujurnya tak reti nak buat self check up, jadi saya tak reti sangat bezakan if ada lump ke tidak. Dalam breasts wanita memang terdiri dari grandular, fat, normal breast tissue and so on..boleh jadi apa yang kita rasa masa check sendiri  tu bukan lump tapi normal breast tissue. so better check dengan doktor jika tak pasti.

So, memandangkan saya agak kurang yakin bila dah jumpa dr di klinik tu, saya pun pergilah ke kpj damansara sebab kat sini radiologist dia perempuan. kalo di kpj kajang radiologist dia lelaki. kalau tak pasti bolehla ke laman web kpj untuk check senarai nama radiologist, nak buat appointment online pun boleh.

saya pergi waktu tu hari jumaat waktu zohor..Terus sahaja datang and naik ke tingkat 1 bilik 21 kalau tak silap saya.. nama doktor tu dr naqiyah ibrahim. cakap je  nak buat breast ultrasound. dekat situ tak perlu ada reference letter pun..nanti dia akan suruh isi borang and then anda disuruh turun ke bahagian x-ray. prosedur dia tak lama sangat, nanti kita akan diberi baju khas untuk kita tukar , lepastu lebih kurang sama macam bila kita nak scan baby dalam perut. dia akan sapu jel dan dr akan scan macam biasa. tak sakit pun, tak rasa apa2 cuma sejuk sikit. Lepastu nanti dr naqiyah akan terangkanla result ultrasound tu. kalau saya haritu cuma ada fibriodema.(x tahu la ejaan sebenar .. hehe)... Alhamdulillah..saiz kurang satu cm jadi doktor kata tak perlu buat apa2 sebab tak bahaya.

kos keseluruhan yang saya kena bayar dalam rm300 lebih. 


sebenarnya kalau rasa ada ketulan ke apa2 yang lain pada breast , jangan takut berjumpa doktor. sebabnya 80 peratus benda tu cuma la fibriodema / cyst / benign tumor (ketumbuhan tak bahaya ) ... cuma 20 peratus je kemungkinan kanser. jangan risau, ingat , pengesanan awal tu penting. lagi awal kita jumpa doktor, lagi tinggi peratusan untuk sembuh (if kanser la) .. anda sepatutnya bertuah sebab dapat detect awal. 

pesanan saya , sebelum pergi check tu banyakkan berdoa lagi2 pada masa2 yang mujarab, contohnya selepas azan, semasa sujud, dll. amalkan jugak surah al fil 21x (boleh search panduan lengkap di google).. bangun malam and doa sungguh2, bersedekah (bersedekah ni bagus, boleh menolak bala& takdir buruk.. serta panjang umur..)

last but not least.. jaga la pemakanan.. makan sihat2.. hargai nikmat kesihatan yang allah bagi.. jangan nanti menyesal di kemudian hari... 

Sentiasa positif dan yakin bila berdoa.. Allah pasti akan makbulkan.. insha Allah.. :)