Wednesday, 5 April 2017

soalan : Boleh ke pos handphone guna pos laju ..





**  Throwback perbualan aku dengan kerani pos laju (KPL)
Setelah ambil nombor giliran, tunggu punya tunggu.. akhirnya giliran aku pun tiba (lama woii ramai orang !!)
AKU :  “Hai, saya nak pos barang.. ‘’
KPL :  “oo..Dah siap bungkus ke? ‘’
AKU :  “ Haa.. dah.. dah balut skali ‘’

Pastu dia bagi borang untuk didisi. Aku pun isilah dengan gigihnya , ecehhh… *waktu nih excited first time berurusan dengan pos laju  hahha**
Dah abih isi tu aku pun hantar la balik borang tu. Aku Tanya akak tu , ‘’ yang no.3 ni kena isi ke?’’
Nombor 3 tu bahagian maklumat pasal barang ape yang kita nak post tu. Akak tu pun tanyalah aku barang apa yang aku nak post tu. Aku pun tunjuklah bungkusan kotak yang aku dah siap balut kemas2. Aku cakap kat dia , “ermm.. cenderahati ‘’  Aku malas nak bagitahu yang benda tu sebenarnya hp. Akak tu Tanya lagi, apa dia barang tu? … nampaknya dia nih nak jawapan spesifik. Kali ni aku cakap gadget, and then dia cakap, handphone ye?.. Aku pun malas dah nak berselindung, aku jujur je la… ha ah hp…

OK berbalik pada tajuk utama kita… BOLEH KE NAK POS HANDPONE ?
JAWAPANNYA : BOLEH. According to the akak kerani tadi, BOLEH TAPI BUKAN DENGAN POS LAJU. Kalau nak jugak boleh guna kurier lain macam Gdex ke.. biasanya diterima untuk pos handphone.
Kalau nak jugak pos pakai pos laju, BOLEH, tapi leceh sikit arr.. kena buat insurans bagai.. hal ini kerana, sering terjadi kes kehilangan bila melibatkan postage handphone. So that’s why la kena ada insurans tu supaya boleh claim bila jadi apa2 masalah.

Ada sesetengah orang dia pos jugak hp guna pos laju tapi dia guna box yang besar sikit supaya tak Nampak macam kotak hp. Dia tulis kat situ ‘GLASS’ . dan tampal sticker ‘FRAGILE’ . Tapi ni risiko sendiri ea.. kalo jadi apa2 , hilang ke retak ke.. itu atas risiko sendiri. Tapi kalo hang cakap kat akak kerani tu yang menda nih hp, memang dia tak bagi arr…
So penyelesaiannya.. guna la kurier lain selain pos laju kalo nak pos hp….
-SEKIAN-

 feel free to comment below..


Monday, 3 April 2017

Cara jana pendapatan sampingan secara online tanpa modal

Salah satu cara nak jana pendapatan sampingan secara online tanpa memerlukan modal ialah dengan menjadi dropshipper. 


Apa itu dropship ? macam mana kerjanya?

Kerja ni mudah sahaja, korang cuma perlu bantu penjual online lain untuk dapatkan customers. Korang tak perlu pun pegang barang atau buat penghantaran, dll. Tugas korang cuma tukang promote sahaja. Tak kisah lah nak promote dekat mana, fb ke insta ke, whatsapp , carousell dan lain2..

Kebiasannya penjual akan hantar gambar dan details stock di whatsapp , harga dropship diberi . Contohnya , katakanlah korang jadi dropship penjual jam. Penjual tu akan beri korang harga dropsip, cth RM50. Nanti bila korang nak promote jam tu dekat insta, korang kenalah tukar harga tu, mark up sendiri.. korang jual la RM60 ke.. Bila customer beli , diorang akan bank in rm60 tu dekat bank korang, pastu nanti korang kena bank in pulak rm50 (harga asal jam) ke akaun penjual. so rm10 itulah pendapatan korang .

kelebihan jadi dropship
*tak perlu modal
*tak perlu pegang stock
*kerja hanya promote, tak perlu buat penghantaran


kekurangan
* pendapatan tak banyak mostly dalam rm2-rm10 untuk satu item dijual
*bukan mudah nak dapat customer, kena betul2 gigih dan komited, yg penting tak mudah putus asa.

cara nak mulakan mudah aje, cuba search kat insta hashtag #dropshipdiperlukan atau #dropshipwanted , actually berlambak penjual online yang memerlukan khidmat dropship ni. korang  boleh la contact depa.

Apa-apapun, rezeki tu datang dari Allah, kalau kita berusaha, pasti Allah beri. bak kata pepatah arab man jadda wajada. sapa berusaha dia berjaya.

even korang cuma dapat rm5 , tapi untuk student , bole la kan nak beli sepinggan nasi ke . hahhaa..

untuk sesiapa yang nak try , tak rugi apa-apa pun .. right? 😊


Saturday, 1 April 2017

review umobile unlimited power prepaid , jimat untuk students

Umobile, prabayar unlimited power yang menjimatkan , sesuai untuk students.




              Assalamualaikum guys.. kalini nak share pasal pelan prabayar unlimited power prepaid, umobile. Simkad ni memang menjimatkan terutama sekali untuk orang yang jenis macam aku, yang tak berapa stabil ni. hahha... 

             So biasanya aku topup rm20 sahaja dan boleh dapat akses internet  selama lebih kurang 50 hari. Bila kita topup rm20 kita akan dapat percuma internet selama 20 hari. kalau rm5 , 5 hari dan begitulah seterusnya. Jadi bila dah tamat 20 hari percuma internet tu, dia tak ada tolak pun duit topup rm20 kita tu. so duit tu boleh la langgan pulak internet umi 20 pakej untuk sebulan , 1.5 gb kalau tak silap aku.. tapi jangan risau sebab even kau dah exceed data sebelum tamat tempoh, kau tetap boleh guna internet tapi kelajuan sederhana la. Berbeza dengan celcom and xox, bila data dah habis data, tak boleh guna internet dah walaupun belum tamat tempoh langganan kita. 

          Jadinya total semua, 20 hari percuma + 30 hari langgan berbayar  = 50 hari internet akses. Jimat la tu kan ... tapi kalo korang nak langgan internet laju punya ada je.. pakej umi30 , umi40 , etc... aku pilih umi20 je la lagipun aku boleh survive 2gb sebulan aku bukan jenis yang guna data banyak2 sangat.. lagipun kan unlimited.. so kalau data abis pun , internet still jalan macam biasa .

        Lagi satu unlimited power prepaid ni ade bagi freebies, free 1gb setiap bulan as long as kita kekal aktif. Means kat sini , tamat tempoh korang still ade la.. kalo dah pasif tu internet free tak boleh guna tapi internet berbayar kekal ada sampai tamat waktu langganan. free calls and sms pon ade tapi ade limit dia, yang tu boley search sendiri la.. den ponat dah ni...

      Ha.. k la tu aje nak citer... kbyeeee.... kalau baca silalah comment sesuatu. tulis hai pon jadilah , aku rasa blog ni sunyiiii ajee... huhuu...